:)

Hai! Thanks for visiting my blog (:

ωєℓ¢σмє (●̮̮̃•̃)●̮̮̮̮̃̃•̃̃)

Let's Chit Chat!

Monday, 18 November 2013

Prefect Night!

Assalamualaikum !
#The prefect Night!
Okay! Haha . Ni nak cerita sikit okay? 18/10 was the most awesome night lah for 2013 ! Yeahh because It’s the prefect Night! Okay I’m ready to type :) 


*Jumaat, 18/10/2013, pagi*

“ Hikhik ! Malam ni malam prefect yeahh! ” , tu lah yang aku kata dalam hati. Sebab eager punya pasal kan? Haha biasalah tu . Lagipun aku memang rapat dengan prefect jee, so sebabtulah macam awesome gila perasaan waktu tu.

“ Hmmph, tema hitam putih merah? Aku nak pakai apa malam nanti?! ” , dan itulah yang aku asyik fikir, dari pagi sampai petang . Yelah , takkan nak pakai biasa-II je kot? Sekali setahun je kot! Kene ambik peluang pakai elok-II , lantaklah orang nak cakap aku ni cari publisiti ke apa . HAHA! Aku tak kesah pun :P Hidup aku , katanya :)

Nasib baik aku dah beli hadiah dah awal-II sebelum balik ke sini . Aku beli kat Hinode Shop jee, tak mampu nak beli yang mahal-II HAHA!

Kenapa kene beli hadiah ?

Sebab ada event tukar-II hadiah lah wei! Hehehe, so aku pun beli lah satu buku nota yang comel dan kotak yang cantik :) Waktu aku beli kotak tu , aku macam tak percaya kotak tu 5 ringgit je. Hahhaha :D

“ Cantiknya Hadiah aku! Mesti orang yang dapat hadiah aku ni bangga ”, kata aku. HAHHAHAH! LAWAK pulak aku main perasan-II ni.

*Petang*

Well since malam ni ada majlis kat depan rumah pengetua, so aku and f2 + f3 + f1 yang lain kenalah menyiapkan tempat. So kami pun bertungkuslumus lah menyiapkan tempat. Susun kerusi sana, susun kerusi sini, susun meja sana, susun meja sini! Tiup belon dan GANTUNG! And Siap! Cantik semuanyaa. Hahaa, tapi actually ...

“ ARMAN! LAJULAH SIKIT ANGKAT KAKI MEJA TUU :D ” , jerit seorang senior yang baik. Nada dia macam gurauan jee :) Hehe .

“ TANGAN SAYA SAKITLAHHHH -.- ” , dan itulah aku jawab . Sebab apa tangan sakit? Alaah! Aku jatuh kat surau 2 hari lepas. Aku jatuh tersembam and tahan guna tangan kiri SAHAJA. So waktu tu aku exert pressure yang tinggi kat tangan kiri aku. Sakitnya macam PERGHHH -.- Sebab tu lah aku takboleh nak angkat kaki meja tu tinggi dan takboleh nak jalan lajuu, sebab tangan sakit.
“ Takpe Farhan! Sikit je lagii! Cepatlah! Jangan fikir sakit tu! ”,  aku pun bergerak dengan pantas menuju ke rumah pengetua daripada Dewan Al Khawarizmi tu. Yelah , mana tak sakitnya. Daripada dewan Alkhawarizmi tu, nak angkat kaki meja besi yang berat tu sampai ke rumah pengetua, dengan keadaan tangan yang tak mengizinkan. AHHH! HAHHAHA :) Dan lepas angkat kaki meja tuu, aku duduk je. Penat lah! Yelah nak buat apa lagi? Semua dah settle! Berkat kerjasama semua form, tak sampai setengah jam pun dah siap dah tempat. Kemas dan tersusun :)

“ Macam mana nak tiup belon ni!? ” , aku pelik betul lah, dari dulu lagi aku tak pernah nak reti tiup belon HAHA! Orang lain dah 4 belon dah tiup dan siap ikat, aku 1 pun tak kembung-II lagi. Sian aku -.- Nak tiup belon pun tak reti. So, aku pegang belon je lah. Belon yang orang tiup semua aku pegang-.- Woah cuba bayangkan nak pegang 10 belon -.- Macam mana? Nak pegang pakai kaki? Tangan boleh pegang dua je. Yang lain peluk -.- ! Hahahhaa .

BOOM! BOOM! BOOM!  “ WARGHHHH! ” . Belon meletup. Belon meletup . Belon meletup and girls pun menjerit -.- Hahaha semua yang meletup tu majoritinya aku yang buat. Sebab aku terlepas belon yang aku pegang dan bila jatuh atas rumput .. BOOM!

Apa apa pun , bila dah settle, aku pergi dorm abg aizat . – BKP - . Abg aizat kata dia taktahu nak pakai baju apaaaa. Dia pening. Well dia pun jenis nak stylist jugak . Takkan lah nak Nampak skema sepanjang masa je kan? Hari-II pakai style sama, nak jugak menongkah arus kadang-II! HAHA. SO aku pun tengok baju yang dia ada. Ya Allah , padatnya loker dia! Semuanya tersusun . Terkejut jugak aku -.-

Dan lepastu dia keluarkan satu baju kemeja lengan pendek yang cantik gila babun ni . Aku nak jugak baju camni ! Awesome gilaaaaa wehhhhhh . Aku pun macam ya allah , cantik benor baju dia  ’ . HAHA , dan selepas berpuluh – puluh kali ditanya “ NAK PAKAI APA NI ?” “ MACAM NI OKAY KE?” , akhirnya abg Aizat buat keputusan , yang dia akan pakai kemeja tu  , with a pair of khakis trousers , with his own style. So then aku pun naik dorm and bersiap for the night!

*Malam*

“ Mana abg aizat ngan abg anwar ni?” , aku pun tercari cari lah diaorang, tak Nampak batang hidung pun . Aku dah siap dah dengan kemeja lengan panjang kotak-II warna hitam putih berserta seluar slack and tie merah yang ada di tangan. Tapi bila aku turun bawah, takda siapa pun -.- mana abg aizat? Mana abg anwar ? Pergi mana weh ? So aku pun carilah kat dema. EH? Takde pun? Mana diaorang ni? Then aku cari kat depan rumah pengetua. Yang ada hanya f4 , still masak-II , even it’s dah pukul 6.30 :) Sepatutnya diorang dah naik mandi ni! Dah lambat dahh -.- Air takde kang taktauu . Dan aku terus cari abg aizat. Aku pergi dorm dia. KNOCK KNOCK KNOCK!  , pintu terbukak, abg aizat tersedia depan pintu . Haha, good! Kemas dan comel :)

“ Saya cari tadi abg aizat g mana? Abg anwar pun takde?”
“ Eh? Aku ada kat dorm je lah. Anwar g mana?”
“Entah taktahu. Saya cari, takde pun. Hilang.”
“Dia ni selalu hilang -.-”

So kitaorang pun biarkan lah abg anwar menghilang dan bergerak ke dema .

“KEJAP KEJAP! TAKKAN KITA NAK MASUK DEMA PAKAI KEMEJA MACAM NI? MENCAPAP GILAA. AKU DAH LAH DUDUK ATAS -.- ”, ujar abg aizat XD

LoL, ye tak ye jugak. Takkan nak masuk dema macam ni? Orang mesti ngumpat kitaorang. So kitaorang putuskan pergi surau jlah .

“Aku tak pernah tak pergi dema dulu tau -.- Jahatnya aku hari nii”
“Abg aizat, relax lahh -.- tak jahatnya. Sekali setahun je. Lagipun tahun ni kan tahun last abg aizat”
“Yelah Yelah.”

Pheww, untunglah ada orang concern gila pasal dosa diaa. Kenapalah abg aizat ni risau sangat. Padahal tak pergi dema je kot!

So kitaorang pun duduklah dalam surau tu , tunggu orang masuk surau dan sembahyang. Lepas sembahyang tu ..

“Lepas kita sembahyang ba’diah maghrib, kita g chow, tengok tempat. Ok?”
“OK ABG AIZAT!”

So , as planned, lepas sembahyang ba’diah , kitaorang pun bangun , straight ke pintu *memang duduk tepi pintu* , bukak pintu and keluar. Pakai kasut dan blah. Pergi ke depan rumah pengetua. Well. Semua dah get ready . Dah ada a few girls and f4 yang masih sedang memasak. 





Haa , macam nilah persiapan tempat tu! Walaupun simple , tapi susah tau! Hehhe. And kitaorang are so happy lahh. Take a look at this!


Yummy! Yummy!



And what do you say?


Sedap nya!


Panggang! Jgn tak panggang!


Amboi dia!


And so like that lah. Lepastu everyone datang and aku Nampak kak neeya and kak nadiah took their seats. So aku pun terjah diaorang and say “ KAK NEEYA!” . And dia pun macam eh farhan rupanya! .

“Let’s take some pictures lah?”
“ Okay dear!”


Kak Neeya!

Amboii :)

And this is kak nad, kak uteh and kak neeya.

Haha they are so amazing ! Yelah . Oh kak nad, wonder kenapa muka dia masam?

“ Kak nad! Kenapa masam je ni? Tak cukup asam gelugur ke? Sportinglah sikit!”
“Akak lapar laa…”

Eh kesian pulak tengok kak nad ni. Yelah tak makan kan waktu kat dema tadi. Sabarlah kak nad!

Dan aku pun bergerak ke dalam rumah pengetua. Amboi! Ramainya wehhhh!  Semua f4 sedang settlekan hadiah . Hahah :) So takpelah . Aku taknak kacau . Blah cepat.

And after some while, the majlis start. MC dengan gahnya bercakap kat depan :) And after MC cakap “ Para hadirin dijemput menjamu selera” , aku bangun dan terjah air! DAHAGA GILA NI!  Lepastu everyone start to crowd the stations. Ada 3 station, station air, nasik, and abc. Phew awesome gila . Semua best!

Aku pun ambik lah makanan , yakni nasi goreng. Alamak! Ada dua nasi, nasi goreng cina, nasi goreng kampong . Nak ambik mana satu? Susahh nya nak buat pilihan kan? Ahh , bantai lah dua dua. Separuh nasi goreng cina, separuh lagi nasi goreng kampong , haaa baru awesome! HAHA!  Aku gelak dalam hati jee. Lepastu ambik ayam. AYAM KAU YA ALLAH BESARNYA DAN LOOK SUPER TASTY -.-

Waktu tu, perut aku macam “ Wei Farhan cepatlah makan, aku nak kisar makanan niii -.-” , so aku pun cepat-II ambik seat aku dengan f5 yang lain, sambil abc and air aku di kerusi sebelah aku . Hahaaa.

And suddenly ,  PSHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! Hujan ?  Kitaorang pun bangun and larii, tapi belum sempat aku lari. Hujan dah stop. And lepastu macam nak hujan balik tapi abg aizat kata ,

“ Relax Relax! Hujan ni acah jeee , acah jeee!” , and sejurus dia kata macam tu , PSHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! Lebatnya!  Larii ! Semua lari ! Haha semua cari tempat berteduh , aku nasib baik pakai cap waktu tu, so kepala aku takbasah sangat. Aku g berteduh kat rumah pengetua. Makan sambil berdiri lah -.-

“Lebatnyaa hujan! Sape cakap acah je tadi?” , kak min bersuara.
Semua orang point abg aizat. Hahaha :)
And after some moment, hujan dah berhenti, majlis pun bermula semula dengan ucapan sana sini sana sini sehinggalah ke event tak formal!

Event tak formal ni penuh dengan gelak ketawa. Seronok tengok f5 kene buat gwiyomi lahh, main musical chair lah. And then sesi tukar hadiah :) Yahh, semua orang dapat hadiah . Aku tengok orang lain punya hadiah semua mahal-II -.- rasa kerdil pulak hadiah aku kecik je. HAHHAHA. Well aku tunggu sampai nama aku dipetik.

“Farhan Arman :)” , and waktu tu MC abg razi and dia brag something pasal kakak aku -,- Huhh , asal Farhan Arman je kene ada Farah Shahira kan? Hahahhaa. So aku punya hadiah diberi kepada pemetik nama aku, Armin Hakimiy . Aku pulak petik namaaa ..

“YASMIN SHAZREENA” , yes! Aku dapat kak min punya! :)

Haha bangga sebentar dapat kak min punyaa. And yeah, sementara nak tunggu orang lain pulak ambik hadiahh, tiba-II.

“Arman , tolong tangkap gambar kitaorang boleh?”
“Okay!”
*Pusinglens*
“Kenapa dia taknak snap?”
“Hmm awak jangan pusing lens dia, camera tu dah tak betul sikit”
“Lah yeke, saya dah terpusing dah. Takpelah pakai camera saya je lah”
“Okay :)”

Comel kan ?

Dan akhirnyaa.. Majlis tamat. Sobsob well semua orang penat and aku pun sejuk. Better get to hostel lah. Aku Tanya orang “ eh dah pukul berapa?” , and diaorang jawab “ 12.30” .

Ya Allah! Lewatnyaa. Dahlah hujan tadi, harap-II tak demam lah esok . Hmphhh . Tapi sebelum balik ..



























Bergambar sampai penat! Dan akhirnya balik ! Thanks guys ! Aku happy gilaa.

# Tapi esoknya aku demam teruk for 5 days. Dahlah periksa hari Isnin tu -.-

Okay! Assalamualaikum! Jumpa di lain lembaran!

Sunday, 17 November 2013

Setelah lama :P

Assalamualaikum :)


Salam sejahtera, salam satu malaysia :) Okay . Sudah pun hampir 3 bulan dah tak update any post kat blog ni. Bak kata bloggers ' Dah Bersawang ' , ya, dah bersawang hahhah :) Segala jenis labahII dah hidup merataII dah ni. Haihh :)

Kenapa lama tak update blog?

Kalau ditanyakan kenapa, senang je jawapan dia, sebab takde cerita.

Takde cerita? Boleh elaborate sikit tak?

Oh! Nak elaborate? Hmmmm . Jap fikir ayat jap . Oh okay , actually many things happen in my life . But since all the events happen when I was in my boarding school, I can't write it in my blog . So, simultaneously I forgot what really did happened in my life when I have reached home. So macamtulah . Aku ni cepat sikit lupa. But it's not Amnesia or Alzheimer okay. 

So sekarang ni, dah ada ceritalah?

Hahaha, takde pun sebenarnya. tak tahu nak cerita apa . Takde yang menarik, tak boleh nak letak gambar jugak . sebab when I was writing this post, I was in school. Payah sikitlah nak letak gambar sana sini. But I would like to share something. Have my readers known about simplesite.com ? Mesti tak pernah dengar kan! Yeah ofcourse, trylah and maybe you'll like, or you'll not. But for me, bukan nak kutuk, tapi blog lagi awesome lah . And my best friend pun kata simplesite is somehow a little bit boring lah. Sebab entahlah, maybe serabut sikit. Simplesite ni macam blog jugak lah, and rather much complicated . Give it a try! Aku dah try and I found it somehow boring and too much burdeninglah. So I'll stick to blog. Kauorang pun patut try, tengok kita punya pendapat sama ke tak. 

Kenapa? Teruk sangat ke simplesite tu?

Takdelah, kadangII seronok. tapi aku tak berapa berkenan sangat dengan simplesite. But out of 29 of my class members, 15 cakap seronok , so maybe aku je yang berprasangka buruk terhadap simplesite. So I would like to call upon all of my readers to give simplesite a shot. So it's not that bad lah kot ? Hmmmph, okay stop! Situ jelah cakap pasal simplesite ni.

Cerita lain , takda?

Hmm, what should I write? Hmm, since I am missing my family so much , so I would like to tell something about my family. Be amazed :)



Hahh. This is my father, a very responsible caring and loving plus handsome father. He was born on 20th of September 1962, so by now, he has reached 51 :) Although he is 51, he is still strong okay, he looks like he is just 35 right? Hahah, yelah . But it's quite sad looking to his disease, a chronic disease. Guess what? He has diabetes. But thank God, It's not that serious :) He works as a policeman. And yeah, he looks dangerous , and strict either, but believe me, He's that one kind of a person that you dreamed to hang out with :)





And the top one is my mother, Ruslaili bt Mohd Tun . My beloved mommy :) Hehe, She's nice she's quite, was born on 23rd of April 1968, so by 2013, she's approximately 45 :) Well that's make her 5 years back before getting half a decade! But then, she has various types of diseases even I could not tell every single one! Okay let me list them.

: Diabetes
: High blood pressure
: Low blood pressure
: Kidney damage
: Pancreas damage
: Gaut
and many more :'( Pray for her! 

Then my sister, Farah Shahira binti Zailan :) She's cute, right? Everyone stalks her. Haha, I got famous in school because the seniors are seizing a chance on her through me! Hahhahahha . IDK why, they looked serious though in chasing my sis! LOL, IKNOW! My sis is a total cute one!


And meeeeeeeeeeeeeee, I don't want to talk about me . Well, actually, I'm getting boring of typing a blog nowadays -.- Maybe I should stop and delete my blog in the future?


















Monday, 6 May 2013

Anugerah Asrama Terbilang!

ASSALAMUALAIKUM!

Yah! Hahaha . Dah agak berhabuk dah blog ni . Sawang tumbuh sana sini. *Cehh, macam sawang tu sayur pulak main tumbuh-II* . Haa! Ni nak cerita . Experience aku , for the 1st time , aku tak tidur seharian. And why? kan ? Kenapa aku tak tidur? Hahaha ! Ofcourse of that AAT also known as Anugerah Asrama Terbilang . AAT ni apa? Hahah , aat tu macam pertandingan asrama paling cemerlang la. So , malam sebelum pemantau datang tu, aku dan rakan-II serta abang-II serta kakak-II prefects ni bertungkus lumus lah nak siapkan kerja-II yang tergendala tu .

Maksud aku, kerja-II tergendala tu bukanlah setakat check punctuation terhadap beberapa ayat, tapi sediakan brosur, sediakan fail , lengkapkan, tampal itu ini , lawakan board, edit , sunting , majukan , improve, cantikkan dan banyak lagi lah . JANGAN INGAT KERJA DIA SIKIT K. BERLAMBAKKKK. 


And aku pulak tolong sikit-II je kemas dorm , lepastu tolong abg rahman siapkan board apollo :) Hehehe XD Seronok ah ! Waktu aku tolong abg rahman tu around pukul 2 kot? Hmm rasanya macam tu la . Lepastu , print sana sini . Aku tengok abg naz, abg amar,  semuanya , abg ikhmal. perghhhh , bertungkus lumus buat semua kerja :/ Aku rasa bapaklah seksa nya diaorang nak buat kerja cenggitu. Dan disebabkan aku ni F2, aku buat kerja kecil-II je, such as ambik barang, tolong print , tolong susun itu ini. Alah kerja kecik-II bagi jelah budak kecik cam aku ni :) *Kecik ke?* 

Dan yang paling kesian, kak aina ngan abg syazmie. Yelah, diaorang kan KETUA PENGAWAS :) Ofcourse lah nnti diaorang kene present pasal KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN Semsas ni . Aku tengok kak aina asyik sebut " Kami dah terapkan nilai-II cemerlang kepada pelajar-II Semsas ni seperti .. " Hahaa, panjang ayat dia nak practise cakap tu. Abg syazmie pulak " Assalamualaikum saya ucapkan kepada .. " Actually, nampak benar kesungguhan diaorang tu :) Tahniah! A BIG APPLAUSE TO THEM :D Srsly , diaorang kene buat elok-II kan. Maklumlah , pemantau AAT tuu ! AAT tu kalau menang dapat half a MILLION tau kat sekolah aku. Woahhh , kaya sekolah aku kalau menang AAT , Heeeeeeeeeee ~.~

And apabila Ibu (PK HEM) datang, ibu pun suruh la aku tulis nama warden berserta number tel. kat whiteboard dalam bilik pengurusan warden tu . Haha :D Aku tak sangka gila ibu kenal aku padahal aku takpernah rapat pun dengan dia. Borak ngan dia pun tak pernah :D Anyway , lepastu dia ajak aku teman dia print takwim asrama. So aku ikutlah dia dari asrama tu ke bilik HEM yang kat sekolah tu. Haha sekolah pada waktu pagi ni , memang sunyi . dahlah sejuk ! Haha. Cuma bilik Dokumentasi je ada prefects lain yang buat kerja kat situ . Hehe, Tengok? Bersungguh tak kitaorang? KR and PKR kot tak silap aku yang buat kerja kat dalam bilik dokumentasi tu. Siapkan fail rumah kot? Entahlah aku tak sure sangat.

Lepastu aku pun naiklah bilik Ibu :D Hehe aku duduk atas sofa tu, ibu pulak sibuk dengan print tu . Yang takboleh bla nye, aku bapak jakun tengok printer ibu yang besar gajah tu mencetakkan 4 kertas sekali gus and aku pun macam " :OOOO WOOOOWOWWW " Haha lawak kot aku masa tu , tapi nasib baiklah aku cover jakun aku tu , Ibu pun tak perasan kot aku teruja tengok PRINTER je kot . Hahhha XD


Lepas dah siap print tu , pergilah semula ke asrama. Naik kereta ibu , wrengggg wrenggg. Sampai sana je, ibu suruh aku tampal takwim-II asrama tu kat board yang lagi satu dalam bilik pengurusan warden tu jugak! So aku tampallah. Lepastu ibu cakap " Hah, Farhan, kamu , azrul dengan 2 orang biro AAT tu esok takpayah masuk kelas, esok tolong jaga bilik dokumentasi tu ok? " And aku pun macam " Hah? Tak masuk kelas? Biar betul :/" And walaupun aku terkejut sikit, tapi teruskan menampal . Dalam proses menampal 24 kertas takwim tu , tetiba ada suara " Hmmm, Ibu balik dulu lah ye. Nak gosok baju anak-II. Sorry takdapat tunggu kamu . " Eh? Nak balik pun nak kene cakap macamtu? Haha :) So kami pun cakaplah " Ok ibu , Terima kasih :D " 

Ok , lepas dah habis tampal takwim asrama tu, abg aizat kata " dah lah , boleh la naik . terima kasih tolong . pergi urus diri " And bc of that, aku ngan azrul naik, ambik baju and blazer, and gosok. and guess what? Waktu tu dah pukul 4.50 a.m! And aku pun " Haihh , taksempat la nak tido " . Siap gosok baju, tepat jam 5 a.m :D Dan waktu aku nak balik ke dorm tu lah kedengaran Ruqyah berbunyi. Ruqyah ni macam nasyid lah lebih kurang. Ruqyah kot eja dia entah aku pun lupa dah. Ruqyah ni tandanya orang dah kene bangun tido. And aku pulak ? " ARGH AKU TAK TIDO LAGIIII -.- " And satu-II budak dorm aku bangun so aku pun " haih , mandi je lah gini " . So aku pun mandi manda mandi manda. Lepastu urus diri and turun subuh.

Selesai je subuh aku naik dorm and tanpa disedari, aku landing atas katil adib yakni bawah katil aku . Sbb dah taklarat sangat, aku tak sedar pun tido. And bila aku dah sedar, dah pukul 6.25 , hah! Clear asrama 6.30 , bagussss sangat kann ! So aku pun cepat-II lah siapkan diri dan turun. 6.35 aku turun ke bilik pengurusan warden , and rehat sekejap kat situ. Ya Allah , dah penat sangat dah . Aku kalau boleh nak tido jeeeeee :D And kak aina and abg syazmie pun tgah practise pasal presentation tu :D Diaorang pun tak tido jugak! Haha. Kesian diaorang. So 7.10, kami gerak ke dewan utk menghadiri perhimpunan rasmi. Oklah! Hadir ke perhimpunan tu kan wajib. Kat sini lah , waktu ni lah , Ibu diumumkan bertukar jawatan daripada PK HEM kepada PK :D And Cikgu S.Borhan pulak yang ganti ibu . Ok tahniah :) 

Selesai perhimpunan , aku , azrul , kak teha, kak yaya ditugaskan jaga galeri, so kitaorang gerak lah ke galeri and to my shock, lawa gila galeri :) Hehee. Kita kemas sana sini sana sikit. And tunggu pemantau datang. For 15 minutes kot, tunggu pemantau datang, and aku pun dah start ngantuk. Dahlah galeri tu berair-cond, lagilahnya. And then... Tanpa disedari aku dah pun masuk ke alam maya aku . Hahaha . and aku tak taulah , sedar-II je abg aizat kejut around 12 rasanya. And rupanya, keempat empat orang dah pun tido! Hhahhahahhaha . Punyalah penat. So dia suruh g basuh muka sbb pemantau dah sampai . LoL. Ok Pemantau dah ada kat bilik dokumentasi, so lepas basuh muka , kami pun masuk lah dalam bilik dokumentasi tu . Hmm , berdiri kat belakang tu , sambil  dengan kak aina and abg syazmie present kat depan. Hahaha nasib baiklah Bilik Dokumentasi tu sejuk dengan air cond, adalah jugak yang menyerikan hari aku. Hahahha , and lepas abg syazmie and kak aina dah siap present, dia ada ajukan beberapa soalan lah kat kitaorang. Kitaorang jawab, tanpa rasa gentar dan gelisah! Haha :D 

And lepastu proses memantau bermula. Aku azrul , kak yaya and kak teha pun bergerak ke asrama utk pastikan semuanya ok :D Ok! Lepastu check sana sini. Mantap! And lepas dah siap semua tu, kami pun duduk lah kat bilik pengurusan warden tu dan tunggu pemantau sampai. Dan taklama lepastu , diaorang sampai ke bilik pengurusan warden and check semua yang dah kami hidangkan atas meja. Lepastu dia check satu-II dengan penuh berhati-II dan teliti . Hihi XD Cuak jugak actually . Ok then , lepastu, around pukul 2.10, dia kata. SEMUANYA OK. and then dia bagi ucapan sikit yang aku tak berapa nak fokus sbb aku dah taklarat sangat dah waktu tu , lepastu pemantau mintak diri and diaorang keluar dan tinggalkan sekolah . And waktu tu kami pun tarik nafas lega " Phewwwww ~ Selamat :) "

Dan Ibu menyerikan petang kami " Kamu semua takpayah pergi prep lah , rehat jelah. Sian, dah satu hari bekerja kan. Takpe , takyah g prep petang :D " Dan kami " JYEAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH! " 

Aku pun apa lagi? HAHHAHAHAHA ! Landing terus atas sofa kat bilik pengurusan warden tu. Jyeah REHAT! QADA' balik tidur aku yang tertunggak tu. Haha. Dan aku tidor sampailah pukul 4.00 :D Hahaha. from 2.20 sampai 4.00 . lama lah jugak aku tido. haha XD

Dan itulah pengalaman di semsas yang sangat berharga buat aku. Penat tapi berbaloi. Jadi apa nilai dari cerita ni ?

In the end, you'll be happy. If you're not happy, then it's not the end :D

Sampai sini je lah coretan kali ini. Bye assalamualaikum!

Sunday, 24 March 2013

Birthday!

Assalamualaikum!


Well yeah :) Birthday aku ? 19th March yang aku sambut kat sekolah . Hahha nak tau cerita dia? Meh sini aku cerita. Keep on reading. 

The day starts dengan aku bangun pagi agak lewat. Rasanya pukul 5.55 kot aku bangun . Fuh aku cuak dah . And waktu tu aku tak ingat pun hari ni birthday aku. Haha, so aku capai baldi , pergi tandas and mandi . Rasanya pukul 6.10 aku siap mandi , aku balik dorm pergi salin baju. Masa tu, dah azan so aku takot lambat turun surau and cepat-II pakai baju. Waktu ni pun aku tak ingat hari ni birthday aku . 6.20 , siap . Aku turun surau . Ok solat macam biasa lah . Then naik dorm , aku sting katil and get ready nak ke sekolah . Hahaha :) Alah get ready tu biasa lah , minyak wangi, minyak rambut , deodorant and blablabla :) 

Rasanya pukul 6.50 lah aku siap , and aku pakai kasut. Fuhh hari ni pulak aku duty hantar tuala . So aku kumpul lah semua orang punya tuala and then hantar ke bawah . Phew nasib lah hari ni tuala sikit. Kalau tak , jenuh aku nak angkat banyak . Berat woooooo :'( Hihihi , so the day goes on macam biasa je kat asrama. Nobody wished me :'( How saddening. How upsetting. Haha. IDM pun . Sebab aku bagitau semua orang birthday aku 16 Mac harhar :3 Nak tengok diaorang care tak pasal aku . K lepastu aku bertolak g sekolah . Sampai je kat tangga blok D , kawan aku cakap " Eh , Farhan! Happy Birthday !"

Oh! Ada jugak yang tahu hari ni Birthday aku! Hahahha :) So then aku bergerak ke kelas . Pastu ada lah budak budak kelas sebelah wish jugak. Thankyou bro :D And kembar aku pun wish jugak kat aku. I mean, not actually kembar , tapi lahir tarikh yang sama, kat hospital yang sama , waktu je lain. Dia lahir 8.55 a.m , aku lahir 9.15 a.m . Nampak tak beza nye cumalah 20 minit! Hahaha :) Kecik je Malaysia ni rupanya. Hahhaha . And then turun perhimpunan , perhimpunan pun macam biasa je? Hmmmm :) Ok, lepas habis perhimpunan yang blablabla tu naik kelas k . Aku naik je kelas , makin ramai wish aku :) And the moment aku duduk kat kerusi , satu kelas nyanyi " Happy Birthday to you .. " and " Allah selamatkan kamu .. " . Haha adat menyanyi lagu tu dah memang dari awal tahun dah . Rasanya tiap-II birthday orang pun nyanyi macam tu . Hehe.

And waktu tu , aku tengok kat meja aku , ada kertas yg tertulis " HB! from budak t'loh " Hahah, aku tahu ni mesti Aina Taharudin ni . Harhar :3 Thanks taw aina . And then aku dapat kertas froem aeeyean soda . Dia kata happy birthday kat aku. Thanks Ain :) Next, farah pulak datang and say " Happy Birthday :) " . Oh ya tak lupa jugak Janu wish aku HB and bagi aku tiger and cloud nine. Ain pulak bagi aku oat crunch . Harhar :3 Kenyang aku hari ni . Harhar :3 Oh yeah and the class goes normally . Rasanya waktu tu waktu sivik . Masa cikgu tu tengah mengajar adalah suara menyeru " Cikgu, hari ni birthday Farhan! " "Nyanyi nyanyi nyanyi!! " . And cikgu tu macam " Oh ye ke. Takpelah lepas ni nyanyi k " . Oh okay :') Haha baru nak perasan jap cikgu nak nyanyi ke aku HB, tapi tak pun harhar :3 Yeah la macam aku kisah je . Oh ya class went normally . Nothing extraordinary pun. 

Recess. Semua orang turun rehat. Yelah dalam perjalanan nak g kantin tu adalah beberapa orang wish kat aku. Thanks guys :) Loh aku beli je lah macam biasa kat kantin tu . aku beli sandwich kalau tak silap aku lah and then naik kelas . Bila aku sampai kat kelas semula, aku tengok ada kad atas meja yg ada tertulis " HEPY BEDAY BEB :) " K daripada tulisan pun aku dapat tau kad tu dari Nurul Farah Shafiqa Binti Mahtar Bin Mat Ja Euz Bin Mustafa Bin Rani Bin Musa Bin Sabtu . Haa thanks yo farah . Tulisan dia yang besar tu penuh satu kad you know :3 Handmade tu yang aku suka. Aku tak suka lah kad beli beli lepastu tulis. Nampak tak ori. Thanks kasi kad yang dia buat and ofcourse lah warna warni cantik lagi berseri tau hahaha . And after that, Janu datang, bagi aku satu lagi kad . Hey Janu thanks. Kau buat kad lawa gila :) LoL , but unfortunately , ucapan kau agak mengarut harhar :3 

Lepastu? Lepastu? Nothing happened pun. Kelas macam biasa sampailah tamat pukul 2.30 :) Lepas dah siap makan kat DEWAN MAKAN and siap solat zohor tu tiba pulak Abg Anwar and Abg Aizat panggil waktu kat depan bilik KH. "Farhan sini jap " . K aku pergi lah kat diaorang. Pastu Abg Anwar kata " Kunci grail asrama ada kat awak ke? Sebab semua f5 kata yang last pegang kunci grail tu awak. " " EH? Mana ada! Mana ada kat saya?" "Tapi semua f5 kata awak yang pegang? Cakaplah betul-II , ada kat awak ke tak ? Diaorang marah tau " "Mana ada! Mana ada! Sumpah takda kat saya!" "Hahaha, Happy Birthday!" Hey diaorang ni . Aku bapaklah cuaknya adoi -.- Kalaulah betul camtu habis aku kena marah kang -.- Tak larat aku harhar :3 K prank tu menjadi thanks lah :D

Petang tu, aku call mak aku . Kringg Kringgggg. "Hello?" "Hello adik! Happy Birthday!!" Phewww, aku ingatkan mak aku dah lupa hahhaha :) Ingat jugak dia horray."

Then the day goes normally sampai lah waktu prep. Ni nak cerita :)
Prep time, tertiba tertiba pulak lah ada spotcheck. Semua orang diarahkan berdiri kat luar kelas, sebab prefects nak check ada bawak handphone tak sebab budak ragbi from sekolah lain yang menetap kat sekolah aku tu hilang corby kuning katanya. Semua prefect kene buat spotcheck kecuali prefect lelaki f2 and prefect lelaki f3 which turned up to be me . Sebab tu aku tak tau apa-II pun pasal benda alah spotcheck ni harhar :3  Okey spotcheck finished. Semua boleh masuk kelas balik . And then tak lama lepastu , kak ayu paiman ngan kak syak datang . ( Twitter kak ayu *kak* . FB kak ayu *ayu* . FB kak syak *syak* ) Tiba kak ayu panggil aku keluar kelas. K aku pergi lah . Lepastu kak syak masuk kelas, meninggalkan aku ngan kak ayu je kat luar. Kak ayu pun mula lah bercerita dengan muka yang serious . " Awak bawak phone ke Farhan?" Aku pun fikir
* Dowwh , ni mesti prank lagi ni . K act farhan act :)* "Eh kak ayu! Mana ada lah! Kenapa kak ayu cakap macamtu? " " Takdelah , sebab tadi kitaorang ada bukak phone f2 perempuan ni . Lepastu tengok inbox, ada nama Farhan Arman. Rasanya baru je main text-II tu. Tapi tak tau lah kalau Farhan Arman sekolah lain ke tak kan. Cuba awak cakap jujur, awak ada bawak phone ke ? " " Kak ayu ! Mana ada ! Mana ada :( " *Haha , actually aku nak je cakap " Kak ayu, prank tak jadi lah " , tapi kalau aku cakap macamtu , down lah dia. Dia nampak so beria nak berlakon ngan aku , nak buat prank meletopss kan katanya.* Lepastu kak ayu cakap " Yelah , saya pun macam tak percaya . And sekarang ni , awak tahu kan duit budak ragbi dengan handset corby kuning hilang kan? Tahu kan ? Semua prefect kata , diaorang nampak prefect f2 kot yang selongkar bilik gerakan tu. And diaorang semua tanya saya, siapa prefect f2 yang selalu duduk bilik gerakan? Saya pun jawablah Farhan Arman . Awak kan selalu duduk bilik gerakan. Tapi macam tak percaya takkan lah awak nak buat kerja terkutuk tu " *Sah lah ni prank. Nampak sangat penipunya kak ayu ni -.-* " Eh taklah kak ayu! Mana ada! Takkan kak ayu tak percaya saya?!" "Yelah , saya pun taknak percaya tapi semua petunjuk yang kitaorang jumpa semuanya point kat awak tau." *Harhar :3 Now , masanya untuk prank dia balik!* Air mata aku mengalir ke pipi. Dalam hati aku cakap *Kak ayu nak buat apa sekarang?* Kak ayu pun panggil lah kak syak " Syak Syak , sini jap, " So kak syak datang sambil tangan dia kat belakang. Hah tengok situ pun dah tahu dah apa benda yang dia pegang tu. And dia datang makin hampir lepastu diaorang wish " Happy Birthday!" And dia hulurkan Lekker and kad wish Happy Birthday . Aku pun pura-II lah macam terkejut and terduduk atas lantai. Hah , acting aku menjadi. Kak Ayu kata " Hahah , best tak psycho saya? Sampai buat awak nangis. Dah dah jangan nangis " Lol , aku actually nak gelak waktu tu, sebab dari awal mmg aku tahu dia nak buat prank. So aku malas bagitau dia yang aku berlakon, biarlah dia berbangga jap psycho dia menjadi. Tapi , aku mengaku , cara dia berlakon tu star gila lah. Tapi cuma tengah hari tadi Abg Anwar ngan Abg Aizat dah prank aku so aku boleh expect apa yang kak ayu nak buat kat aku . Tapi yang baca ni! Jangan bagitau dia yang aku tau , tau! Sebab aku cakap kat dia " Woah kak ayu memang pandai berlakon lah , saya memang cuak gila tadi " Harhar :3 K Aku admit dia memang pandai berlakon :D Hihi. Tapi aku amatlah berbangga dapat hadiah from F5. Dia kata nak letak atas pinggan lah lepastu nak tabur coklat menda lah tapi tak sempat dia kata :D Aku tak kesah pun tapi yang aku kesah nya F5 bagi aku hadiah? Macam woaaaa :) Thanks korang :D Memang sangat caring :D Lepastu , aku mintak kak syak ajar Maths, so kitaorang pun pergilah bilik prefect so kak syak boleh ajar aku kat sana. Sampai sana kak ayu kata " HARI NI BIRTHDAY FARHAN ARMAN " And kak min and kak mek kata " Birthday awak? Happy Birthday! " Thankyou :) Aku sangat appreciate. Tak sangkat langsung yang f5 would care sampai macam tu kat aku. Bangga jadi junior diaorang. Diorang dah la sporting :) Heee yang sekolah lain tu, jeles tak? Tengok senior aku bapak happening gila :D So , aku pun diajar oleh kak syak pasal maths itu ini itu ini. Dia ajar linear equations. K fine susah lah jugak. Harhar tapi dia ajar terus faham .

10.30 , semua budak kene g dewan sebab ada pembentangan apa entah . So aku jalan dengan abg aizat melalui semua kelas f5 and dia pun annouce kat satu-II kelas " WEY HARI NI BEFDAY ARMAN LAA , BEFDAY ARMAN LAA! " Aku pun cakap " Abg Aizat!!!!!" Hehe aku sangat happy malam tu :)

Thankyou sangat-II kat siapa yang menyumbang kepada perasaan gembira aku waktu birthday aku tu . Aku rasa dihargai terima kasih :) So sampai sini jelah nukilan bagi post ni. Have a nice holiday. Assalamualaikum :)

Monday, 11 February 2013

Oh Semsas!

Assalamualaikum!


Nak balik dah ? Hmmm :) K kali ni aku tak sedih . Tapi tak tahu kenapa , rasa malas nak balik. Tak sedih pun . Kalau tahun 2012 tu, sedih and merengek taknak balik! Rasa macam kalau aku balik tu , aku mati je. Hahahhaa. Tapi tu tahun 2012 , tahun ni , semua okey je :)

Tapi aku tak tahu kenapa. Rasa macam malas nak balik. Rasa macam nak duduk rumah lagi. Hmmmm , maybe tak puas cuti lagi kot? Sedih? No ! Sedih takde. Ada sikit-II jelah , tapi takde ah sampai " Ibu! Taknak balik!!!!!!!!!!!!!!!!!! " . Takde ah sampai gitu. Hehe ^^

So, kali ni , aku dilayan macam anak raja lagi sekali. Haha, barang-II aku , semua parents aku yang packing kan. Baju, seluar , samping, semua mak aku yang gosok ^^ Hahahaha aku jadi anak raja lagi! THANKYOUUUUUU IBU AYAH :) Thankyou so much. Rasa macam dah jadi anak sultan pahang gitu. Hahaha x) Yes, I know, takbaik perlakukan ibu bapa macam tu. Tapi, diaorang yang buat. Aku tak sempat buat apa-II , diaorang dah kemas kan barang aku. So aku pun kata " Okeylah! Hehehe ^^ Bukan selalu dapat peluang cenggini " .

' Hey Farhan! Kau dah f2 ! Takkan tu pun nak suruh makbapak buat! Kalau kau f1 takpe ah jugok ! Ni tak, kau tu dah form 2 ! TINGKATAN 2. 14 tahun sudah. Hahaa ' Oh yeah , memang rasa bersalah pun. Rasa macam tak bertanggungjawab sebab aku yang nak sekolah, mak bapak aku pulak yang packing barang. Macam diaorang pulak yang nak g sekolah. Hahahha . Yes. Korang semua mesti jeles kan! Hahahha :) Takpelah, at least sekali sekala. InsyaAllah, lepas ni aku try buat sendiri. Entahlah, aku pun tak tahu aku boleh ke tak buat sendiri. Tengok ah cuti bulan 3 nanti :D InsyaAllah . Yelah , takkan aku nak jadi anak raja sampai f5 kan? Haha kalau boleh nak gitu tapi nanti .. Macam aku ni menyeksa mak bapak aku jehh . Hehehe :)

Hari demi Hari, rasa macam perasaan sayang kat Semsas tu dah mula timbul. Yeah, betullah cakap f5 tahun lepas tu. Dia cuma perlu tunggu. Baru perasaan tu sampai. Hihihi x) So aku tak perlu ah beria nak cakap sekolah lain tu best lah , sekolah aku tak best lah . Aku just perlu memajukan diri aku dalam sekolah aku. Yelah, Semsas jatuh merudum gak , semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak enam menjak ni . Tapi takpe , insyaAllah , nama Semsas naik ke persada antarabangsa. Hahhahaha :)

Yelah , sebab lepas balik raya cina ni , ada february test. Hahaha. Takut ah aku :') Ayah aku cakap , kalau 7A 1B dapat Baju Melayu baru. Kalau 8A , dapat ngan samping sekali :') Fuhhh, payah jugak lah tu! 8A :) Tapi takpe! InsyaAllah aku boleh! Hmmm korang ni? Ada test tak? Kalau ada, aku doakan korang dapat result yang terbaik punyahhhh. Doakan aku sekali k ? Aku risau ni , takut tak capai target. Kalau tak capai target? Kenalah duduk atas lantai waktu perhimpunan rasmi! Oh My Allah :'( Okaylah, setakat ni sahaja dulu coretan aku kali ni . Semoga berjumpa lagi pada lain hari. *Haha! Ayat sastera .* Okaylah! ByeByeBye! Assalamualaikum.

Saturday, 9 February 2013

Spell H - O - M - E !

Assalamualaikum :)
K  , dah baca dah entry?  K kali ni pasal home ! Oh yeahh aku rindu rumah aku . Hahaha rindu tu takdelah rindu macam mati nak balik . Mati nak balik tu kisah tahun lepas. Tahun ni ? Balik is Balik . Stay is Stay :)

Okay 8th February 2013 , memang dah ditakwimkan untuk balik bermalam sempena Hari Raya Cina. Horray! Aku pun dah siap dah packing packing barang nak balik . Hari berjalan macam biasa. Aku pun sangatlah happy . Pergi sekolah pun semua berseri. Cuaca pun baik. Tak panas , tak mendung. Cool gila. Allah merahmati hari tu kot?

K pelajaran pertama PENDIDIKAN AGAMA ISLAM bersama USTAZAH SYARIFAH HASNIZAL BINTI SAYED KAMAR. Haha aku ingat lagi aku belajar orang-II yang diharuskan berbuka puasa waktu tu . Hihi x) Aku ingat bukan sebab apa, sebab waktu dia mengajar, dia senyum . Hoho , so bila tengok dia senyum manis, aku pun happy lah sekali . Bukan aku je , satu kelas happy tengok dia.

Bukan kelas PAI je, aku rasa semua kelas pun happy go lucky je :) Semua happy . Nak balik lah katakan x) So, sampailah jam 12.10 , kelas pun tamat. Kitaorang pun happy sangatlah nak balik. Yang perempuan balik dulu. Yang lelaki kena tunggu solat Jumaat :) Waktu solat Jumaat pun dirahmati Allah ;) Hujan waktu tu . So hari tak panas , tak sejuk. Sejuk tu sejuklah jugak tapi takdelah sejuk gila. Sejuk dinginlah katakan . Khutbah pun berjalan lancar. Waktu tu Ustaz Idham yang jadi khatib .

Dalam pukul 2 petang, hujan berhenti,  samalah dengan solat Jumaat, dah habis pun. Semua orang bergerak keluar surau dan pergi balik. Except for aku. " Selalunya ayah datang awal , asal pulak hari ni lambat ? Takpelah tunggu lagi " , tu yang aku cakap waktu ayah aku tak sampai lagi.

Aku jengah jam aku , tengok tengok dah pukul 2:30 . " Eh? Asal lambat sangat ni? " Hmm aku pelik lah , diaorang lupa ke ? Adoii -.- So jam pun menunjukkan 2:40 . Barulah kelibat kereta ayah aku sampai . Tapi ada perbezaan dengan kereta tu . Tahu apa ? Ada tanda " P " kat kereta ayah aku . Selama aku hidup lah kan , tak pernah lah aku tengok ada tanda " P " kat kereta ayah aku . Hahaha , so aku dah boleh expect something kat situ. Apa dia? Ofcourse lah kakak aku yang drive! Yeahh ! Cool gila kakak aku yang drive! Hahaha .

K so masukkan barang dalam kereta and say bye bye kat kawan aku . F1 dohh kawan aku sekarang ni . hahahha . izuddin namanya. Kikiki . k tu selingan . So aku pun excited gila kakak aku drive , kan kan kan :) mmg excited gila :) Aku tengok ayah aku relax je . Dah tak tension bawak kereta, sebab dia dah takpayah bawak kereta! Selama ni dia asyik mengeluh , penat bawak kereta. Sekarang, relax puas-II , kakak aku yang drive pulekzzz . Hahahhahhahaa X) Klah , sampai sini sahaja. Have a nice holiday. Aku ada TONS OF HOMEWORK to do. Assalamualaikum :)

Friday, 8 February 2013

Forgiveness :)

Assalamualaikum :)

Haaa . ok , title " Forgiveness :) " Entry kali ni bersangkut paut berkait mait dengan post kat bawah ni " Negative Miracle " . Yeah.

Tarikh itu, 7/2/2013 . Akhirnya, aku dah buat perkara yang betul . Aku dah mintak maaf kat dia. LoL, punyalah payah nak mintak maaf sampaikan aku tangguhkan hasrat aku nak mintak maaf tu untuk 3 minggu! Hah , punyalah payah bila aku nak mintak maaf -.- Ego kan ? Hahaha .

Malam tu , prep habis awal sebab nak kemas barang. Sepatutnya prep habis pukul 11 , tapi habis pukul 10 sebab 1 jam lagi tu buat kemas barang nak balik hari esok . K aku pun balik then kemas barang . Kemas lah kemas then aku nak hantar buah oren kat abg angkat aku . Abg zul yang sedang kesakitan sebab baru lepas main ragbi . Memandangkan bilik abg zul kat bawah , so aku kenalah turun 3 tingkat sampailah bawah sekali . Tak penat pun sebab dah lali . Lepas tu aku tengok abg ******* tu tengah duduk atas kerusi batu kat compound asrama tu . Dia nampak macam stress and nampak macam tengah fikir macam-II benda. Yelah ketua pengawas kan, memanglah stress. Aku pun terlintas lah dalam hati " Ok , lepas bagi oren kat abg zul, aku nak mintak maaf kat dia " . So aku pun bergegas lah pergi bagi oren kat abg zul . Bilik abg zul tu dah macam hospital dah aku tengok, dia tengah berbaring atas katil , diselimutkan , tak bergerak dan diziarahi bestfreind dia. Aku pulak bawak oren. Actually aku bawak oren tu saje saje je. Bila tengok dia macam tu , so oren tu yang sebenarnya title dia " saje saje " bertukar kepada " buah tangan " . Faham ke? Tak faham? Takyah faham. Saje je selingan kejap pasal buah tangan tu . Hahahha lepastu dia pun ucapkan terima kasih lah . Then aku tinggalkan bilik dia and bergegas ke luar. Then aku tengok ah Abang ******* tu still duduk lagi kat situ. Aku pun cakaplah kat diri aku " Ok ! Sekarang mmg masa sesuai " .

Aku pun jalan lah perlahan lahan kat dia dengan rasa takut , resah , gelisah dan gementarnya. Dalam perjalanan aku tu , * ceh macam jauh sangat , padahal 10 meter je jauh * , Tiba-II dia bangun . Aku pun cepat cepat tukar arah . Nak cover konon. Hahahha . So aku naiklah dorm cepat-II . Sebab masa tu memang rasa bersalah yang amat sangat fuh -.- Aku naik dorm je nampak dia naik tingkat 1 . And dia jalan perlahan sangattt sangatt macam dia tengah memantau gitu . Dia pantau setiap dorm . And masa tu aku berharap " Mintak mintaklah abg ******* naik dorm aku " Dia jalan dengan sangat perlahan and masa tu bacaan al - quran pun nak start. Aku pun " Abg *******, naiklah cepat, nanti dah ngaji, takleh nak keluar dari dorm! "

Dan bila dia naik paras dorm aku . Aku pun " Huh! Dia dah sampai :'( " Aku cuba beranikan diri, tapi hasrat aku gagal. Malah , aku biarkan dia berjalan pergi meninggalkanku *ceh romantik nye ayat :P * Aku pun " Ya Allah! Kenapa aku ada peluang tapi taknak gunaaaaaaaaaaaaaaaaaaa -.- " Dan masa dia berlalu pergi tu air mata bergelinang dah . Mata aku dah berkaca walaupun aku memang dah pakai KACA MATA. Hohoho . So ngaji pun dah start. Aku pun duduklah dalam halaqah dalam dorm seraya memegang sebuah tafsir Al-Quran milik Ikmal Fikri . Aku membuka mukasurat berapa tah . Lupa dah . Waktu tu Abg ******* masih lagi berjalan jalan . Dan dia jalan semula ke paras dorm aku . Waktu tu mata aku masih bergelinang dengan air mata. Bila dia menjengah ke dorm aku , secara automatik tanpa perlu dijemput pun , air mata aku jatuh ke atas sehelai muka surat tafsir , membasahi beberapa perkataan di atas tafsir itu. Sedih aku sebab aku lepaskan peluang aku untuk mintak maaf. " Abg ******* tolonglah jangan turun lagi . Duduklah kat paras aku ." , bisik hati kecilku. Hoho.

Mengaji pun habis , aku cepat-II bagi tafsir tu kat ikmal dan ' merembat ' selipar aku lalu memakainya. Dan waktu tu aku tengok dia masih lagi berdiri di dinding koridor melihat gelagat dan telatah pelajar semsas dari tingkat atas. So waktu tu , straight je kat mata aku, aku nampak dia. Tangan aku mengigil. Kaki aku menggeletar. Air mata bergenang. Aku tarik nafas dalam dalam seraya berbisik " Farhan, kau kena mintak maaf kat dia! Kau tak boleh tangguh! " So sekarang ni kemuncaknya. Aku mesti mintak maaf. Aku berjalan ke arah dia dan segera peluk dia. Peluk bahu je sebenarnya . And waktu tu aku kata " Mintak maaf abg ******* " Dan tahu dia jawab apa ? " Kenapa ? " . Tu yang dia jawab . Aku pelik -.- " Pasal haritu lah . " , aku jawab . " Lah , pasal haritu? Takyah risau lah , aku tak terasa pun " . Alhamdulillah! Dia maafkan aku . Dia senyum kat aku . Aku kata " Betul ni ?? " . Dia kata " Ya . Aku tak terasa pun. Dah dah jangan risau , lagipun memang salah aku " . Hoahhhh , hati aku terus lapang waktu tu . Alhamdulillah , dia dah pun maafkan aku. Lega hati aku. Segala stress aku hilang macam debu. Gitu je hilang tension aku. Suddenly rasa macam aku boleh bernafas dengan lega semula. Alhamdulillah . Aku tidur pun begitu happy. Senyum terukir di pipi :)

K moral of the story : Always ask for forgiveness when you did something wrong. Jangan tangguh mintak maaf tu .

Tapi aku peliklah , macam mana dia boleh cakap " lagipun memang salah aku " , padahal dia tak tahu pun apa salah dia? Hmmmmm . Waktu dia berdiri kat koridor tu pun macam dia saje je nak suruh aku mintak maaf kat dia? Dia macam dah tahu je aku nak mintak maaf kat dia . . Hmmm, k takpelah . tak penting pun. Asalkan dia dah maafkan aku. K lah , sampai sini je entry . Assalamualaikum !