:)

Hai! Thanks for visiting my blog (:

ωєℓ¢σмє (●̮̮̃•̃)●̮̮̮̮̃̃•̃̃)

Let's Chit Chat!

Friday, 18 January 2013

Negative Miracle

Assalamualaikum.

Hye , nak cerita pasal negative miracle. Yeah kalau dalam maths tu (-) (-) = + kan ? Hahahha but cerita aku ni (-) (-) = ---------------------- -.- . Tolong lah aku. Aku yang salah ke ? Bergaduh ngan f5 mmg tak best -.- Aku merajuk sikit je sepatutnya tapi skrg dah jadi cenggini . Salah aku ? Hmmm salah aku rasanya :'(

Cerita dia macam ni , 

Adalah seorang makhluk Allah yang sungguh baik ni . Ketua Pengawas kat sekolah aku yang dah berjanji nak bagi Aiskrim kat aku . Pada awalnya saja je aku mintak Aiskrim kat dia and dia pun dah berjanji . 2 bulan aku tunggu, dia tak bagi bagi lagi aiskrim . Aku mintak kat dia lagi, pastu perli perli dia lah . " Mana aiskrimnya? Kata nak bagi! " , macam tu lah aku kata. " Aku dah hantar dah kat rumah kau, kalau kau tak dapat tu, posmen lah yang makan " , itu apa yang dia reply . Tiap-II kali aku mintak , dia cakap tu . Yeah kitaorang anggap tu hanya gurauan .

And aku yang over ni saje je lah nak pura-II merajuk. Hahaha . K aku merajuk lah kat dia sbb aku tak dapat Aiskrim kononnya. Aku perli lah dia, " Kata nak bagi aiskrim! Takda pun! Takbaik tipu. Janji mesti ditepati " , lebih kurang macam tu lah aku cakap kat dia . Alah, perli-II f5 yang baik, mana ada dia nak marah kan. Dia pun sengih je lah . 

Satu hari , dalam surau , aku tak tahu aku buat apa , tiba-II dia cakap kat aku " KFINE, LEPAS NI KAU JANGAN CAKAP DENGAN AKU DAH ! " , dia cakap macamtu. " Eh, asal tak kena dengan dia ni ? " , dan dari saat tu aku terasa macam dia marah kat aku or dia kutuk aku or dia perli or dia ejek . Tapi aku terasa lah, aku tak tau kenapa atas sebab apa pun aku tak tau , perkataan yang dia keluarkan dari mulut dia tu menusuk ke kalbu. Hancur hati aku . Entah sakitnya hati aku waktu tu . Aku pun tak tau kenapa. 

So, aku anggap dia tak main-II. " Ok fine! Aku taknak cakap dah dengan dia. Pandang pun taknak. Contact or whatever pun taknak! Dia yang cabar aku. Dia taknak cakap, aku pun takkan cakap! " , macam tulah semangat yang aku tanam dalam diri -.- LoL teruk betul aku. Day by day , aku jumpa dia aku pandang slack, konon merajuk lah katakan . Dia  datang dekat aku, aku lari. Dia panggil, aku tak layan. " Kurang ajar aku siot! Tapi dia yang nak semua ni kan . Aku akan tunaikan apa yang dia nak " , yes . Aku tak nafikan yang aku kurang ajar. Tapi ni apa yang dia nak so aku tunaikan . Masa aku angkat meja ke dalam bilik prefect , di mana dia ada pada waktu tu, dia panggil aku . Aku buat tak layan , and aku lari bila dia datang dekat kat aku. Dia suruh kawan aku panggil aku. Aku buat dunno -.- TERUKNYA AKU ! :'(

- CLIMAX -
Malam tu , lepas balik prep , aku ada dalam dorm aku . Tiba tiba bila aku pandang luar pintu dorm, tengok-II dia datang. Aku pun apa lagi, ambik selipar and lari ke dorm orang. Hahaha. Aku taknak tengok muka dia takut aku rasa benci sangat sampai tersumpah dia. Aku benci apa yang dia kata je , sebab aku sayang dia. LoL , junior mana tak sayang dia? Bapak baik :') Aku cuma takdapat terima apa yang dia cakap , tu je . Aku ni pendendam kan -.- Bahaya sikit aku ni . Dia dahla nak SPM tahun ni , hish bahayo bahayo. Aku taknak sumpah seranah dia -.- So aku lari. And pada masa sama, dia kejar . Aku terkejut jugak. Aku lari sampai tingkat 1 . Aku jalan-II depan dorm orang. Lepastu naik balik kat tingkat 3 , g dorm aku. Tengok-II dia ikut aku lagi. Masa tu aku dah rasa bersalah dah ;'( Hati aku sebak.

Aku tahu aku buat ni salah. Tapi ni untuk kebaikan dia. Aku lari , aku pergi kat kawan aku yang ada dekat atas katil tengah duduk baca buku. Aku pura-II borak dengan dia, tiba-II ada suara " Farhan, kenapa ni? Cakaplah dengan aku. Aku buat apa? " , rupanya dia ikut aku. Dia betul-II kat belakang aku . Aku cakap " Eh, nak pergi tandas lah . " , Aku pakai selipar dan dia pun sama . Aku cakap kat dia " Eh sorrylah , takkan sampai kat tandas pun nak ikut ? " , actually, aku tak sampai hati nak cakap macam tu , tapi aku terpaksa. Aku memang tak boleh nak cakap ngan dia langsung. Aku berlari lah pergi tandas. Dia ikut lagi. Aku masuk dalam tandas and dia tunggu kat luar. Dalam tu aku menangis. " Aku tahu aku salah , aku tak patut buat ni semua. Tapi, macam mana kalau aku tersumpah dia? Macam mana kalau aku terbawak bawak apa yang dia kata kat aku ? Aku taknak sumpah dia gagal SPM. Biarlah dia berjaya. Tapi, bukan setiap waktu mood aku baik, ada kalanya aku akan marah. Mana tahu masa aku marah tu aku tersumpah dia? Terdoa ke ape ke. Ish takboleh! Aku takboleh contact langsung dengan dia! " , bisik hati kecil aku yang luluh waktu tu . Berbisik pada hati dengan air mata berjuraian di pipi , masa tu mmg aku dah buntu . Mati kutu dah aku waktu tu. Tiba-II dia ketuk pintu seraya berkata "
 Farhan , bukaklah pintu ni . Cakaplah kenapa. Janganlah buat aku macam ni ." Ya Allah , suara nada lembut dia tu buat aku tak sampai hati, Air mata mengalir laju macam air terjun :P Eh takdelah cam air terjun, tapi mengalir lah :P Lepastu aku kata " Jauh dari pintu, JAUH DARI PINTU! " . " Cakaplah kenapa " dia balas. "JAUH DARI PINTU!!" , aku cakap .

Lepastu aku bukak pintu , tengok dia ada betul-II depan aku . Muka suci dia mmg buat aku rasa bersalah. Punyalah jahat aku waktu tu. Aku lari je lah , Dia sempat sentap tangan aku, sakit jugaklah dia sentap tu sebab dia sentap kuat , supaya aku jgn terlepas . Tapi waktu tu aku berlari ke arah pintu kan , so dia terlepas tangan aku. Waktu dia sentap tu rasa macam nak tercabut tangan aku. Haha, tapi sbb masa tu tgh nangis, aku tak kisah sangat pasal sakit tangan tu . Aku berlari naik dorm :P Aku baring atas katil sambil tutup muka. Masa tu teruknya aku menangis T_T . Then , aku dengar suara " Mana Farhan? " . " Tu ha, atas katil " , kawan aku reply -.- Tsk tsk , aku taknak jumpa dia. Taknakkkkkkkkkkkkkk -.- Then dia berdiri depan katil aku " Farhan . Cakaplah kenapa . Aku tinggalkan kerja sekolah semata mata nak jumpa kau tau " , Ya Allah . terharu aku dia buat camtu . BERSALAH WOII -,.- RASA BERSALAH TU BERLELUASA. Harhar :3 Tapi aku dengan EGO nya menengking " PERGI ! PERGI ! " , tsk begitu kurang ajar. Aku sendiri benci aku cakap macamtu . EGO nye aku :'( Dia berdegil . Aku cakap lagi " PERGI JE LAH BUAT HW TU! " , dia tak berganjak setapak pun . Tsk T_T " KALAU ABG ******* NAK SAYA MAAFKAN , ABG ******* PERGI JE! SAYA TAKNAK DOAKAN KEGAGALAN ABG ******* ! " Dia berdegil jugak . " PERGI JE LAH . TOLONGLAH DENGAR CAKAP SAYA SEKALI NI JE " Dia start macam berfikir -.- Waktu tu bacaan al - quran dah nak start , then dia cakap " K , Lantak kau lah " . Fuhh, LANTAK KAU LAH , tu sangat kasar bagi aku . Habislah aku , dia dah fed up dengan aku . Bila orang dah cakap " Lantak Kau Lah " tu maksudnya dia dah fed up . Aku dah boleh bayangkan keadaan pada hari esok dan seterusnya .

Waku mengaji, aku diam termenung ke lantai , memikirkan kenapa aku buat sebegitu kejam . Waktu tidur pun aku menangis. Esok pagi aku bangun mata aku bengkak sebab tidur waktu nangis . Aku rasa macam bodoh gila buat camtu kat senior aku :'( Dia dah lah baik . Aku masuk kelas dengan keadaan moody nye. Kawan aku semuanya pelik -.- Aku dah tak tahu nak buat apa dah . Mati kutu, mati kutu . And, Allah memang nak tunjukkan yang aku bersalah agaknya bila keesokan harinya lagi, aiskrim dah dijual semula kat koperasi. Semua kawan aku beli and MAKAN DEPAN AKU. Aku nak menangis je tengok diaorang makan aiskrim . Ada yang siap BELANJA KAWAN lagi . Ya Allah , memang salah aku lah agaknya . Semua orang makan Aiskrim .. Aku sakit hati. Kalau boleh , waktu tu siapalah yang baik hati nak pinjamkan bahu kat aku supaya nak nangis ? Aku pun ada perasaan -.- Tapi sebab aku ego , sekarang dah jadi macam ni .

Sekarang ni, dia pandang aku pun meluat agaknya. Aku memang salahkan diri aku . Aku nak mintak maaf tapi tak de keberanian . Abang angkat aku dah nasihat dah, Kak Aina pun dah nasihat dah :') Terharu lah jugak diaorang nak dengar cerita F2 :P Aku mesti cari cara nak minta maaf kat dia. Tak kiralah. Korang semua doakan aku ok? :) Amin . Aku taknak bergaduh dengan dia, Tak best. Tak best sebab mmg salah aku . Kalau salah dia tu best lah gaduh . Tapi ni salah aku so tak best. Aku taknak bergaduh dengan dia! Tolonglah, korang, doakan aku :) AMIN. K lah, sampai sini je cerita aku. Assalamualaikum. Jangan lupa doakan aku :)

No comments:

Post a Comment