:)

Hai! Thanks for visiting my blog (:

ωєℓ¢σмє (●̮̮̃•̃)●̮̮̮̮̃̃•̃̃)

Let's Chit Chat!

Friday, 8 February 2013

Forgiveness :)

Assalamualaikum :)

Haaa . ok , title " Forgiveness :) " Entry kali ni bersangkut paut berkait mait dengan post kat bawah ni " Negative Miracle " . Yeah.

Tarikh itu, 7/2/2013 . Akhirnya, aku dah buat perkara yang betul . Aku dah mintak maaf kat dia. LoL, punyalah payah nak mintak maaf sampaikan aku tangguhkan hasrat aku nak mintak maaf tu untuk 3 minggu! Hah , punyalah payah bila aku nak mintak maaf -.- Ego kan ? Hahaha .

Malam tu , prep habis awal sebab nak kemas barang. Sepatutnya prep habis pukul 11 , tapi habis pukul 10 sebab 1 jam lagi tu buat kemas barang nak balik hari esok . K aku pun balik then kemas barang . Kemas lah kemas then aku nak hantar buah oren kat abg angkat aku . Abg zul yang sedang kesakitan sebab baru lepas main ragbi . Memandangkan bilik abg zul kat bawah , so aku kenalah turun 3 tingkat sampailah bawah sekali . Tak penat pun sebab dah lali . Lepas tu aku tengok abg ******* tu tengah duduk atas kerusi batu kat compound asrama tu . Dia nampak macam stress and nampak macam tengah fikir macam-II benda. Yelah ketua pengawas kan, memanglah stress. Aku pun terlintas lah dalam hati " Ok , lepas bagi oren kat abg zul, aku nak mintak maaf kat dia " . So aku pun bergegas lah pergi bagi oren kat abg zul . Bilik abg zul tu dah macam hospital dah aku tengok, dia tengah berbaring atas katil , diselimutkan , tak bergerak dan diziarahi bestfreind dia. Aku pulak bawak oren. Actually aku bawak oren tu saje saje je. Bila tengok dia macam tu , so oren tu yang sebenarnya title dia " saje saje " bertukar kepada " buah tangan " . Faham ke? Tak faham? Takyah faham. Saje je selingan kejap pasal buah tangan tu . Hahahha lepastu dia pun ucapkan terima kasih lah . Then aku tinggalkan bilik dia and bergegas ke luar. Then aku tengok ah Abang ******* tu still duduk lagi kat situ. Aku pun cakaplah kat diri aku " Ok ! Sekarang mmg masa sesuai " .

Aku pun jalan lah perlahan lahan kat dia dengan rasa takut , resah , gelisah dan gementarnya. Dalam perjalanan aku tu , * ceh macam jauh sangat , padahal 10 meter je jauh * , Tiba-II dia bangun . Aku pun cepat cepat tukar arah . Nak cover konon. Hahahha . So aku naiklah dorm cepat-II . Sebab masa tu memang rasa bersalah yang amat sangat fuh -.- Aku naik dorm je nampak dia naik tingkat 1 . And dia jalan perlahan sangattt sangatt macam dia tengah memantau gitu . Dia pantau setiap dorm . And masa tu aku berharap " Mintak mintaklah abg ******* naik dorm aku " Dia jalan dengan sangat perlahan and masa tu bacaan al - quran pun nak start. Aku pun " Abg *******, naiklah cepat, nanti dah ngaji, takleh nak keluar dari dorm! "

Dan bila dia naik paras dorm aku . Aku pun " Huh! Dia dah sampai :'( " Aku cuba beranikan diri, tapi hasrat aku gagal. Malah , aku biarkan dia berjalan pergi meninggalkanku *ceh romantik nye ayat :P * Aku pun " Ya Allah! Kenapa aku ada peluang tapi taknak gunaaaaaaaaaaaaaaaaaaa -.- " Dan masa dia berlalu pergi tu air mata bergelinang dah . Mata aku dah berkaca walaupun aku memang dah pakai KACA MATA. Hohoho . So ngaji pun dah start. Aku pun duduklah dalam halaqah dalam dorm seraya memegang sebuah tafsir Al-Quran milik Ikmal Fikri . Aku membuka mukasurat berapa tah . Lupa dah . Waktu tu Abg ******* masih lagi berjalan jalan . Dan dia jalan semula ke paras dorm aku . Waktu tu mata aku masih bergelinang dengan air mata. Bila dia menjengah ke dorm aku , secara automatik tanpa perlu dijemput pun , air mata aku jatuh ke atas sehelai muka surat tafsir , membasahi beberapa perkataan di atas tafsir itu. Sedih aku sebab aku lepaskan peluang aku untuk mintak maaf. " Abg ******* tolonglah jangan turun lagi . Duduklah kat paras aku ." , bisik hati kecilku. Hoho.

Mengaji pun habis , aku cepat-II bagi tafsir tu kat ikmal dan ' merembat ' selipar aku lalu memakainya. Dan waktu tu aku tengok dia masih lagi berdiri di dinding koridor melihat gelagat dan telatah pelajar semsas dari tingkat atas. So waktu tu , straight je kat mata aku, aku nampak dia. Tangan aku mengigil. Kaki aku menggeletar. Air mata bergenang. Aku tarik nafas dalam dalam seraya berbisik " Farhan, kau kena mintak maaf kat dia! Kau tak boleh tangguh! " So sekarang ni kemuncaknya. Aku mesti mintak maaf. Aku berjalan ke arah dia dan segera peluk dia. Peluk bahu je sebenarnya . And waktu tu aku kata " Mintak maaf abg ******* " Dan tahu dia jawab apa ? " Kenapa ? " . Tu yang dia jawab . Aku pelik -.- " Pasal haritu lah . " , aku jawab . " Lah , pasal haritu? Takyah risau lah , aku tak terasa pun " . Alhamdulillah! Dia maafkan aku . Dia senyum kat aku . Aku kata " Betul ni ?? " . Dia kata " Ya . Aku tak terasa pun. Dah dah jangan risau , lagipun memang salah aku " . Hoahhhh , hati aku terus lapang waktu tu . Alhamdulillah , dia dah pun maafkan aku. Lega hati aku. Segala stress aku hilang macam debu. Gitu je hilang tension aku. Suddenly rasa macam aku boleh bernafas dengan lega semula. Alhamdulillah . Aku tidur pun begitu happy. Senyum terukir di pipi :)

K moral of the story : Always ask for forgiveness when you did something wrong. Jangan tangguh mintak maaf tu .

Tapi aku peliklah , macam mana dia boleh cakap " lagipun memang salah aku " , padahal dia tak tahu pun apa salah dia? Hmmmmm . Waktu dia berdiri kat koridor tu pun macam dia saje je nak suruh aku mintak maaf kat dia? Dia macam dah tahu je aku nak mintak maaf kat dia . . Hmmm, k takpelah . tak penting pun. Asalkan dia dah maafkan aku. K lah , sampai sini je entry . Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment