:)

Hai! Thanks for visiting my blog (:

ωєℓ¢σмє (●̮̮̃•̃)●̮̮̮̮̃̃•̃̃)

Let's Chit Chat!

Monday, 6 May 2013

Anugerah Asrama Terbilang!

ASSALAMUALAIKUM!

Yah! Hahaha . Dah agak berhabuk dah blog ni . Sawang tumbuh sana sini. *Cehh, macam sawang tu sayur pulak main tumbuh-II* . Haa! Ni nak cerita . Experience aku , for the 1st time , aku tak tidur seharian. And why? kan ? Kenapa aku tak tidur? Hahaha ! Ofcourse of that AAT also known as Anugerah Asrama Terbilang . AAT ni apa? Hahah , aat tu macam pertandingan asrama paling cemerlang la. So , malam sebelum pemantau datang tu, aku dan rakan-II serta abang-II serta kakak-II prefects ni bertungkus lumus lah nak siapkan kerja-II yang tergendala tu .

Maksud aku, kerja-II tergendala tu bukanlah setakat check punctuation terhadap beberapa ayat, tapi sediakan brosur, sediakan fail , lengkapkan, tampal itu ini , lawakan board, edit , sunting , majukan , improve, cantikkan dan banyak lagi lah . JANGAN INGAT KERJA DIA SIKIT K. BERLAMBAKKKK. 


And aku pulak tolong sikit-II je kemas dorm , lepastu tolong abg rahman siapkan board apollo :) Hehehe XD Seronok ah ! Waktu aku tolong abg rahman tu around pukul 2 kot? Hmm rasanya macam tu la . Lepastu , print sana sini . Aku tengok abg naz, abg amar,  semuanya , abg ikhmal. perghhhh , bertungkus lumus buat semua kerja :/ Aku rasa bapaklah seksa nya diaorang nak buat kerja cenggitu. Dan disebabkan aku ni F2, aku buat kerja kecil-II je, such as ambik barang, tolong print , tolong susun itu ini. Alah kerja kecik-II bagi jelah budak kecik cam aku ni :) *Kecik ke?* 

Dan yang paling kesian, kak aina ngan abg syazmie. Yelah, diaorang kan KETUA PENGAWAS :) Ofcourse lah nnti diaorang kene present pasal KEUNIKAN DAN KEISTIMEWAAN Semsas ni . Aku tengok kak aina asyik sebut " Kami dah terapkan nilai-II cemerlang kepada pelajar-II Semsas ni seperti .. " Hahaa, panjang ayat dia nak practise cakap tu. Abg syazmie pulak " Assalamualaikum saya ucapkan kepada .. " Actually, nampak benar kesungguhan diaorang tu :) Tahniah! A BIG APPLAUSE TO THEM :D Srsly , diaorang kene buat elok-II kan. Maklumlah , pemantau AAT tuu ! AAT tu kalau menang dapat half a MILLION tau kat sekolah aku. Woahhh , kaya sekolah aku kalau menang AAT , Heeeeeeeeeee ~.~

And apabila Ibu (PK HEM) datang, ibu pun suruh la aku tulis nama warden berserta number tel. kat whiteboard dalam bilik pengurusan warden tu . Haha :D Aku tak sangka gila ibu kenal aku padahal aku takpernah rapat pun dengan dia. Borak ngan dia pun tak pernah :D Anyway , lepastu dia ajak aku teman dia print takwim asrama. So aku ikutlah dia dari asrama tu ke bilik HEM yang kat sekolah tu. Haha sekolah pada waktu pagi ni , memang sunyi . dahlah sejuk ! Haha. Cuma bilik Dokumentasi je ada prefects lain yang buat kerja kat situ . Hehe, Tengok? Bersungguh tak kitaorang? KR and PKR kot tak silap aku yang buat kerja kat dalam bilik dokumentasi tu. Siapkan fail rumah kot? Entahlah aku tak sure sangat.

Lepastu aku pun naiklah bilik Ibu :D Hehe aku duduk atas sofa tu, ibu pulak sibuk dengan print tu . Yang takboleh bla nye, aku bapak jakun tengok printer ibu yang besar gajah tu mencetakkan 4 kertas sekali gus and aku pun macam " :OOOO WOOOOWOWWW " Haha lawak kot aku masa tu , tapi nasib baiklah aku cover jakun aku tu , Ibu pun tak perasan kot aku teruja tengok PRINTER je kot . Hahhha XD


Lepas dah siap print tu , pergilah semula ke asrama. Naik kereta ibu , wrengggg wrenggg. Sampai sana je, ibu suruh aku tampal takwim-II asrama tu kat board yang lagi satu dalam bilik pengurusan warden tu jugak! So aku tampallah. Lepastu ibu cakap " Hah, Farhan, kamu , azrul dengan 2 orang biro AAT tu esok takpayah masuk kelas, esok tolong jaga bilik dokumentasi tu ok? " And aku pun macam " Hah? Tak masuk kelas? Biar betul :/" And walaupun aku terkejut sikit, tapi teruskan menampal . Dalam proses menampal 24 kertas takwim tu , tetiba ada suara " Hmmm, Ibu balik dulu lah ye. Nak gosok baju anak-II. Sorry takdapat tunggu kamu . " Eh? Nak balik pun nak kene cakap macamtu? Haha :) So kami pun cakaplah " Ok ibu , Terima kasih :D " 

Ok , lepas dah habis tampal takwim asrama tu, abg aizat kata " dah lah , boleh la naik . terima kasih tolong . pergi urus diri " And bc of that, aku ngan azrul naik, ambik baju and blazer, and gosok. and guess what? Waktu tu dah pukul 4.50 a.m! And aku pun " Haihh , taksempat la nak tido " . Siap gosok baju, tepat jam 5 a.m :D Dan waktu aku nak balik ke dorm tu lah kedengaran Ruqyah berbunyi. Ruqyah ni macam nasyid lah lebih kurang. Ruqyah kot eja dia entah aku pun lupa dah. Ruqyah ni tandanya orang dah kene bangun tido. And aku pulak ? " ARGH AKU TAK TIDO LAGIIII -.- " And satu-II budak dorm aku bangun so aku pun " haih , mandi je lah gini " . So aku pun mandi manda mandi manda. Lepastu urus diri and turun subuh.

Selesai je subuh aku naik dorm and tanpa disedari, aku landing atas katil adib yakni bawah katil aku . Sbb dah taklarat sangat, aku tak sedar pun tido. And bila aku dah sedar, dah pukul 6.25 , hah! Clear asrama 6.30 , bagussss sangat kann ! So aku pun cepat-II lah siapkan diri dan turun. 6.35 aku turun ke bilik pengurusan warden , and rehat sekejap kat situ. Ya Allah , dah penat sangat dah . Aku kalau boleh nak tido jeeeeee :D And kak aina and abg syazmie pun tgah practise pasal presentation tu :D Diaorang pun tak tido jugak! Haha. Kesian diaorang. So 7.10, kami gerak ke dewan utk menghadiri perhimpunan rasmi. Oklah! Hadir ke perhimpunan tu kan wajib. Kat sini lah , waktu ni lah , Ibu diumumkan bertukar jawatan daripada PK HEM kepada PK :D And Cikgu S.Borhan pulak yang ganti ibu . Ok tahniah :) 

Selesai perhimpunan , aku , azrul , kak teha, kak yaya ditugaskan jaga galeri, so kitaorang gerak lah ke galeri and to my shock, lawa gila galeri :) Hehee. Kita kemas sana sini sana sikit. And tunggu pemantau datang. For 15 minutes kot, tunggu pemantau datang, and aku pun dah start ngantuk. Dahlah galeri tu berair-cond, lagilahnya. And then... Tanpa disedari aku dah pun masuk ke alam maya aku . Hahaha . and aku tak taulah , sedar-II je abg aizat kejut around 12 rasanya. And rupanya, keempat empat orang dah pun tido! Hhahhahahhaha . Punyalah penat. So dia suruh g basuh muka sbb pemantau dah sampai . LoL. Ok Pemantau dah ada kat bilik dokumentasi, so lepas basuh muka , kami pun masuk lah dalam bilik dokumentasi tu . Hmm , berdiri kat belakang tu , sambil  dengan kak aina and abg syazmie present kat depan. Hahaha nasib baiklah Bilik Dokumentasi tu sejuk dengan air cond, adalah jugak yang menyerikan hari aku. Hahahha , and lepas abg syazmie and kak aina dah siap present, dia ada ajukan beberapa soalan lah kat kitaorang. Kitaorang jawab, tanpa rasa gentar dan gelisah! Haha :D 

And lepastu proses memantau bermula. Aku azrul , kak yaya and kak teha pun bergerak ke asrama utk pastikan semuanya ok :D Ok! Lepastu check sana sini. Mantap! And lepas dah siap semua tu, kami pun duduk lah kat bilik pengurusan warden tu dan tunggu pemantau sampai. Dan taklama lepastu , diaorang sampai ke bilik pengurusan warden and check semua yang dah kami hidangkan atas meja. Lepastu dia check satu-II dengan penuh berhati-II dan teliti . Hihi XD Cuak jugak actually . Ok then , lepastu, around pukul 2.10, dia kata. SEMUANYA OK. and then dia bagi ucapan sikit yang aku tak berapa nak fokus sbb aku dah taklarat sangat dah waktu tu , lepastu pemantau mintak diri and diaorang keluar dan tinggalkan sekolah . And waktu tu kami pun tarik nafas lega " Phewwwww ~ Selamat :) "

Dan Ibu menyerikan petang kami " Kamu semua takpayah pergi prep lah , rehat jelah. Sian, dah satu hari bekerja kan. Takpe , takyah g prep petang :D " Dan kami " JYEAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH! " 

Aku pun apa lagi? HAHHAHAHAHA ! Landing terus atas sofa kat bilik pengurusan warden tu. Jyeah REHAT! QADA' balik tidur aku yang tertunggak tu. Haha. Dan aku tidor sampailah pukul 4.00 :D Hahaha. from 2.20 sampai 4.00 . lama lah jugak aku tido. haha XD

Dan itulah pengalaman di semsas yang sangat berharga buat aku. Penat tapi berbaloi. Jadi apa nilai dari cerita ni ?

In the end, you'll be happy. If you're not happy, then it's not the end :D

Sampai sini je lah coretan kali ini. Bye assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment